1. Jadikan tidur sbg ibadah
2. Jangan tidur selepas Subuh
3. Tidur di awal malam
4. Makruh tidur sebelum Isya'
5. Menutup pintu, mematikan lampu dan api
6. Menutup tempat makanan dan minuman
7. Berwudhuk
8. Mengibas tempat tidur
9. Solat witir sebelum tidur
10. Larangan tidur dalam satu selimut
11. Jangan tidur di atas rumah yang tiada penghalang
12. Jaga aurat ketika tidur
13. Tidur dgn berbaring ke sisi kanan
14. Makruh tidur meniarap
15. Dilarang meletak kaki di atas kaki lainnya
16. Baca Al Quran sebelum tidur
17. Membaca doa sebelum tidur
Bagi point nombor 1, berniatlah tidur sbg merehatkan badan dan memulihkan kekuatan agar dpt kembali beribadat kpd Allah S.W.T.
nombor 2, tidur pd waktu Subuh mencegah rezeki kerana ketika itulah waktu pembahagian rezeki di samping menyebabkan kemalasan dan lemah. menurut penulis buku ni lagi, tidur selepas Asar byk dibenci ulama kerana tidur setelah Asar dipercayai akal seseorg menjadi lemah atau kacau, kecuali sgt mendesak dan mengantuk yg tad dpt ditahan, Wallahu'alam.
nombor 3, Rasulullah tidur di awal malam agar dpt bangun di awal sepertiga malam utk beribadat.
perkara nombor 4 ni dilarang kerana dpt menyebabkan seseorg tu tidur hingga Subuh, terlepas Isya' dan solat malam.
bagi nombor 5, jika diselaraskan dgn logik duniawi, mematikan api dan lampu adalah tindakan preventif kpd kebakaran namun hal ni juga dipercayai berkaitan dgn kesihatan manusia tau, cuba google. hebat tak agama kita hihi.
nombor 6 tu bagi mengelakkan benda2 asing drpd 'hinggap' ke makanan.
nombor 7 tu faham2 la, berwuduk sblom tidur mmg sunnah yg dituntut dan beruntunglah bagi manusia yg mati dlm tidur, pd masa yg sama dlm keadaan suci atau berwudhuk.
nombor 8, perkara ni sunnah, sabda baginda "...dia tidak tahu apa yg akan menimpa padanya..." yg pd pemahaman cetek saya ni, antara contohnya kot2 la atas katil tu ada jarum yg kita tak nampak ke sebelum baring kan, kibaslah. correct me if I'm wrong.
nombor 9, solat witir ni ibarat penutup segala ibadah pd hari2 yg kita lalui.
nombor 10, tak digalakkan share selimut sebab khuatir akan mendedah dan terlihat aurat masing2.
nombor 11, hmm I'm not sure tapi org2 tua ckp tidur or baring bawah langit syaitan langkah haha. ok, penghalang yg dimaksudkan maybe bagi keselamatan dan perlindungan la drpd hujan or binatang.
nombor 12, faham2 lah. time sekolah asrama dulu ustazah mewajibkan semua pelajar perempuan pakai seluar time tidur dan bagi boys pulak, hahaha, boxer akan dirampas lol.
nombor 13, cara baringan tidur ni adalah cara Rasulullah ye. baginda tidur sebelah kanan dan meletakkan tangannya di bawah pipi. cara baringan ni juga byk dikaitkan dgn kebaikan kpd kesihatan manusia. sila google lagi.
nombor 14, tidur meniarap ni cara tidur penghuni neraka dan syaitan. ada kaitan juga dgn kesihatan manusia. antara contohnya, baring meniarap ni boleh mengehadkan oksigen utk sampai ke otak dan seluruh badan sebab menekan jantung dan paru-paru, so bangun tidur mesti rasa pening2. lagi satu, meniarap ni bagi tekanan kpd spine or tulang belakang beberapa kali ganda drpd biasa, so siapa tak nak bongkok di usia muda jgn amalkan baring meniarap. attention utk diri sendiri!
nombor 15, tak digalakkan tidur sambil menyilang kaki mcm gaya tidur org kaya tu la, pendek katanya. ada possibility terbukanya aurat atau sebahagiannya.
nombor 16, sunnah baca ayatul Kursi, tiga Qul, surah Al-Mulk dan 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah.
nombor 17, ok bacalah doa yg kita belajar drpd tadika ni, Bismikallahumma ahya wa amut (Dengan nama-Mu Ya Allah aku hidup dan aku mati).
![]() |
| End of sharing. Segala khilaf mohon diperbetul \^O^/ |

1 comment:
cntk blog...i like it..
Post a Comment